05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ziarah Dakwah Diteruskan di Bulan Ramadhan

 
ziarahramadhan

16 Mei 2018 | 30 Sya'ban 1439H – Program Ziarah Dakwah sempena bulan Ramadhan adalah merupakan program saban tahun yang diadakan pada setiap bulan Ramadhan. Ziarah Dakwah ini diadakan bagi menunjukkan keprihatinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam menyantuni pesakit-pesakit yang kurang bernasib baik dan terlantar di hospital-hospital sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kali ini program Ziarah Dakwah sempena Ramadhan telah dijalankan di Wad Urologi 3A dan 3B Hospital Kuala Lumpur. Rombongan ziarah seramai enam (6) orang pegawai dan kakitangan dari Bahagian Pengurusan Dakwah diketuai Penolong Pengarah Kanan Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, YBhg. Ustazah Hasyidah bt. Mohd Noor telah meluangkan masa lebih kurang satu (1) jam menziarahi 45 orang pesakit di wad-wad berkenaan.

Rombongan ziarah telah meluangkan masa beramah mesra bersama pesakit dan ahli keluarga di samping membacakan doa agar dipermudahkan segala urusan serta turut menyampaikan buah tangan kepada para pesakit yang diziarahi.

Hadis Rasulullah S.A.W menyebut:

"5 hak bagi seorang muslim ke atas muslim yang lain : menjawab salam, memberi minum orang yang kehausan, menghadiri undangan, ziarah ketika sakit dan mengiringi jenazah"

 

ziarahramadhan1 ziarahramadhan2
   
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel