05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KARIEM 2018 Teruskan Usaha Pelestarian Alam Sekitar di Masjid & Surau

 
kariem1

16 Mei 2018 | 30 Sya'ban 1439H – Karnival Imarah Eco-Mosque (KARIEM) 2018 anjuran Pejabat Pengarah, Akademi Pengajian Islan Universiti Malaya (APIUM) dan Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Kluster Penyelidikan Sustainability Science UM (SusCI) berlangsung selama 2 hari pada 15 - 16 Mei 2018. Program KARIEM ini antara lain adalah bermatlamat untuk mewujudkan usaha-usaha ke arah kelestarian alam sekitar (go-green) di masjid-masjid dan surau-surau khususnya di sekitar Wilayah Persekutuan.

Majlis Penutup KARIEM 2018 telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI diiringi YBhg. Dr. Alihanafiah bin Norasid, Pengarah KARIEM 2018 dan YBhg. Tuan Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Program yang turut diisi dengan pembentangan kertas-kertas kerja menjurus kepada method pengaplikasian go-green di masjid-masjid dan surau-surau telah dihadiri oleh pengurusan dan ahli-ahli jawatankuasa masjid dan surau di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Apa yang diharapkan ialah agar segala ilmu dan pendedahan yang diperolehi daripada KARIEM 2018 ini dapat diterjemahkan melalui pelaksanaannya di semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, insya-Allah.

 

kariem3 kariem2
 kariem kariem4 
   


Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel