05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Saudara Baru Persiap Diri Hadapi Ramadhan

 
ambangsb

16 Mei 2018 | 30 Sya'ban 1439H – Program Ambang Ramadan bersama Saudara Baru anjuran Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB), Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI tahun ini telah diadakan di Kompleks Darul Hidayah. Antara pengisian program tersebut termasuklah Solat Maghrib dan Isya' berjemaah serta solat sunat tarawikh. Turut diadakan ialah program Diskusi Ilmiah bersama ahli panel, YBhg. Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid, Penolong Pengarah Hal Ehwal Islam di CKSB, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan Dr. Athiroh Masya'il Tan, pensyarah UKM serta Ustaz Nur Azman bin Abd. Ghani yang bertindak selaku moderator bagi diskusi tersebut.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Pengarah JAWI, YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail diiringi Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah, YBhg. Tuan Mohd Fadzil bin Abu Kasim. Program telah disudahi jamuan moreh dan berakhir pada jam 10.00 malam. 

ambangsb2 ambangsb4
 ambangsb1 ambangsb3 
   


Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel