05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

112 Asnaf Terima Sumbangan Dalam Program Titian Kasih Ramadan

 
TitianKasih1

 

16 Mei 2018 I 30 Sya’ban 1439H (Rabu) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Surau As-Solehin Desa Tasik telah berjaya melaksanakan program Titian Kasih Ramadan dengan tema “Wanita Solehah Sentiasa Dicontohi “ pada 16 Mei 2018 bermula pada jam 8.30 pagi bertempat di Surau As-Solehin Desa Tasik Kuala Lumpur.

Program tersebut dimulakan dengan ceramah oleh YBhg. Dato Khalid bin Isa berkaitan sifat-sifat wanita solehah yang sentiasa dicontohi oleh semua manusia.

Terdahulu, majlis perasmian program ini telah disempurnakan  YBrs. Tuan Haji Halil bin Hamat, Pengerusi Surau As-Solihin, Desa Tasik.

Dalam program ini, seramai 112 orang asnaf telah menerima sumbangan barang makanan yang telah disampaiakan oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hakim bin Mohd Salleh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

Diharapkan program seumpama ini dapat memberi manfaat kepada semua yang telah hadir dan bersama-sama dalam majlis ilmu dan membuktikan komitmen JAWI dalam menyampaikan dakwah kepada semua golongan serta prihatin terhadap golongan wanita.

 

TitianKasih2 TitianKasih3
TitianKasih4 TitianKasih5
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 

 
 
 

Cetak   Emel