05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Ambang Ramadan 1439H/2018M

 
ambangrmdn18.1

15 Mei 2018 | 29 Sya’aban 1439H (Khamis) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Seminar Ambang Ramadan1439H/2018M bertempat di Masjid  Salahuddin Al- Ayyubi Taman Melati, Setapak Kuala Lumpur. Seminar tersebut bermula jam 8.30 pagi sehingga 2.00 petang.

Program ini dihadiri lebih 110 orang peserta terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta ,badan bukan kerajaan dan penduduk  di sekitar Taman Melati, Setapak.

Terdahulu, majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

Antara pengisian program yang dimuatkan ialah dua slot ceramah. Slot pertama disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Faisal @ Ahmad Faisal bin Abd. Hamid, Ketua Jabatan Sejarah & Tamadun Islam, Pengajian Akademi Islam Universiti Malaya dengan tajuk  “ Ramadhan  Kembali “ manakala slot kedua oleh YBhg  Dr. Mohd Nor Azri bin Ab. Wahab, Pakar Perubatan, Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi, Hospital Selayang dengan tajuk“ Puasa  Dari  Sudut Perspektif Kesihatan “.

Objektif program ini adalah bertujuan untuk :-

       i. Memantapkan kefahaman, amalan dan ibadat puasa sempena bulan Ramadan kepada peserta, serta dapat menyelesaikan            pelbagai masalah isu-isu semasa yang berkaitan fiqh puasa;

       ii. Pendedahan dan panduan kepada peserta mengenai isu-isu semasa dalam perspektif perubatan semasa berpuasa;

      iii. Membentuk keperibadian yang tinggi di kalangan peserta dalam usaha membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang            cemerlang;

     iv. Melatih diri agar mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap pencipta (Allah) dan bersikap sabar dalam apa jua                        masalah dan rintangan yang dihadapi.

Semoga ilmu yang telah dicurahkan oleh para penceramah pilihan dapat memberi kefahaman mengenai Islam dengan lebih jelas dan dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam kehidupan seharian terutamanya di bulan Ramadan penuh barakah.

 

ambangrmdn18.2 ambangrmdn18.3
ambangrmdn18.4 ambangrmdn18.5
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 

 
 
 

Cetak   Emel