05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM BELIA BERWAWASAN WILAYAH PERSEKUTUAN PERINGKAT ZON 3

belia1

13 Mei 2018 / 27 Sya’aban (Ahad) - Mewujudkan perasaan mendekati dan mencintai masjid di kalangan remaja masa kini merupakan antara intipati utama penganjuran Program Belia Berwawasan Wilayah Persekutuan 2018 Peringkat Zon 3, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ).

Program Belia Berwawasan pada kali ini merupakan kerjasama di antara Pusat Pentadbiran Zon 3 JAWI dan Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri di samping rakan strategik yang turut  membantu dalam menjayakan program ini. Antara agensi yang turut serta dalam menjayakan  program ini ialah Institut Kemahiran MARA ( IKM), Institut Kemahiran Baitulmal ( IKB ),Institut Profesional Baitulmal (IPB ) dan Majlis Belia Kuala Lumpur Cawangan Titiwangsa.

Program bermula seawal jam 830 pagi dengan alunan selawat, bacaan doa, nyanyian lagu  Negaraku dan senaman ringkas. Antara acara yang dipertandingkan sepanjang program ini berlangsung ialah pertandingan bola jaring, sepak penalti, acara memanah berkumpulan dan acara memanah individu.

Para peserta juga turut disuntik dengan kesedaran dalam makna kehidupan dalam slot  Ceramah Motivasi yang bertajuk “ Jangan Sedih & Berputus Asa “ . Slot tersebut telah        disampaikan oleh Saudara Suhail Bin Mohamed Kamaruddin,Tokoh Belia Negara 2015.

Majlis Penutup Program Belia Berwawasan Wilayah Persekutuan 2018 Peringkat Zon 3 ini     telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Mohd Ajib Bin Ismail , Pengarah Jabatan Agama   Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ). Antara konsep yang ditekankan dalam ucapan perasmian penutup YBhg Pengarah termasuklah Penghayatan Menikmati Kesihatan Dalam Membentuk Generasi Rabbani khususnya dalam kalangan golongan remaja pada masa kini.

Antara tetamu yang hadir pada program ini ialah Tuan Haji Mohd Yazid Bin Saad , Penolong   Pengarah Kanan Pusat Pentadbiran Zon 3,Tuan Haji Mohd Nor Bin Ibrahim, Pengerusi  Masjid Al-Imam Ash-Shafie ,Taman Maluri dan pegawai-pegawai masjid di bawah pentadbiran pusat zon 3 JAWI. Kehadiran peserta adalah seramai 100 orang dan program ini telah melabuhkan tirainya pada  jam 1.15 petang.

belia2belia3

belia4belia5

belia6belia7

Disediakan oleh :

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 3, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel