05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM KURSUS PENYEMBELIHAN HALAL PERINGKAT JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2018

 
6 mei
 

06 Mei 2018 (Ahad) – Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengurussetiakan program Kursus Penyembelihan Halal Peringkat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertempat di Surau al-Falah, Bandar Tasik Selatan.

 

Kursus telah disertai oleh 60 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan JAWI dan masyarakat setempat. Kursus dimulakan dengan pembentangan pertama berkaitan Fiqh Sembelihan oleh Ustaz Abd Fatah bin Yusof, PPK Bahagian Penyelidikan JAWI seterusnya diikuti oleh taklimat penyembelihan oleh fasilitator JAWI sebagai pengenalan kepada penggunaan peralatan penyembelihan dan bimbingan untuk praktikal sembelihan.

 

Peserta telah berpeluang menjalankan praktikal sembelihan yang melibatkan dua (2) ekor kambing dan enam puluh lima (65) ekor ayam. Semua peserta berpeluang dan mengambil bahagian dalam aktiviti penyembelihan ayam. Manakala hanya sebahagian peserta sahaja mengambil bahagian menyembelih dua (2) ekor kambing dengan bimbingan dan tunjuk ajar fasilitator.

 

Pembentangan kedua berkaitan Isu-isu Halal Semasa pula telah disampaikan oleh Ust Mohd Khalis bin Arof, PPK Bahagian Hab Halal JAKIM. Pembentangan berbentuk dua hala dan memenuhi kehendak audien apabila pelbagai lontaran persoalan berkaitan halal diajukan bagi mendapat penjelasan daripada pihak berautoriti.

 

Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YBrs. Tn Hj Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Turut mengiringi beliau ialah Tn Hj Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Turut hadir meraikan ialah YBhg. Tuan Muniruddeen, Pengerusi Surau al-Falah Bandar Tasik Selatan dan Ust Muhamad Zakuwa bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan JAWI.

 

YBrs. Tuan Pengarah juga amat berbesar hati menyampaikan Bantuan Ihya' Ramadhan sempena kedatangan bulan Ramadhan kepada 20 orang asnaf penerima di sekitar Desa Tasik dan Bandar Tasik Selatan. Bantuan tersebut dijayakan secara bersama oleh JAWI, Surau al-Falah dan Surau as-Solihin Perumahan Polis Desa Tasik Sg. Besi.

 

 

 


6 mei 32077035 1819100328148804 3907490430480023552 n 1
31948804 1819100824815421 8496698316657000448 n 31956036 1819101014815402 6309067835519795200 n
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Penyelidikan


Cetak   Emel