05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KARIAH TAMAN MELATI MENEKUNI SEMINAR IBADAH PESAKIT

SALA 5

 

06 Mei (Ahad): Pejabat Pentadbiran masjid & Surau, Pusat Zon 2 dengan kerjasama Masjid Salahuddin al Ayyubi telah menganjurkan Seminar Ibadah Pesakit kepada masyarakat Taman Melati,Setapak. Seminar sehari yang berlangsung di ruang solat masjid tersebut teah mendapat sambutan bukan sahaja penduduk taman Melati,namun penduduk di kariah berhampiran termasuklah di luar Kuala Lumpur untuk menekuni ilmu ibadah ketika sakit.

Seminar separuh hari yang berlangsung diruang solat telah menampilkan mantan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Mufti Selangor, Al fadhil Ustaz Haji Mat Jais bin Kamus mendapat sambutan menggalakkan dengan penglibatan sebanyak hampir 200 orang peserta.

Penceramah turut berkongsi pengalaman sepanjang beliau terlibat secara langsung sebagai pegawai agama mendapati kebanyakan masyarakat mengambil mudah mengenai ibadah solat ketika sakit dan menekankan ibadah solat amat penting dilaksanakan walaupun ketika sakit.

Para peserta kebanyakannya mudah memahami sesi pengajaran yang disampaikan dan amat berharap seminar ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang. Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Haji Hamdan bin Mohd Yusuf,Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Wangsa Maju. Hadir sama pada program seminar ini Ustaz Mohamad Fazli bin Zain,Penyelaras Zon 2, Pengerusi-pengerusi Masjid dan Surau Zon 2, dan Ketua Imam Masjid Salahuddin al Ayyubi,Taman Melati.

SALA 4 SALA 3
SALA 2 SALA 1
   


Disediakan oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau

Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid

JAWI


Cetak   Emel