05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Apresiasi Dakwah 2018

 
apresiasi2

4 Mei 2018 | 18 Sya'ban 1439H – Majlis Apresiasi Dakwah 2018 yang julung-julung kali dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Dakwah ini adalah bertujuan untuk meraikan kontinjen Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1439H/2018M baru-baru ini di samping meraikan warga Dakwah keseluruhannya yang telah berjaya menganjurkan pelbagai program sepanjang Januari sehingga April 2018.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Pengarah JAWI, YBrs.Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail bersama-sama Timbalan Pengarah Operasi JAWI, YBrs. Tuan Hj. Yusof bin Mamat diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah, YBhg. Ustaz Ahmad Fadzil bin Abu Kasim. YBrs. Pengarah JAWI turut meluangkan masa beramah mesra dengan semua warga Dakwah yang hadir. Turut hadir pada majlis tersebut ialah ahli Sukarelawan Dakwah Islamiah (SUDI) dan semua peserta tilawah dan menghafaz Al-Quran yang mewakili Wilayah Persekutuan ke MTHQK 1439H/2018. Untuk rekod, MTHQK 1439H/2018M telah berlangsung di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya dari 1 – 6 April 2018 yang lalu.

 

apresiasi1 apresiasi3
 apresiasi4 apresiasi5 
apresiasi6 apresiasi7

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

Cetak   Emel