05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Ibu Hamil Dan Pendidikan Kanak-Kanak Tahun 2018

1

27 April 2018 (Jumaat) – Memberi kefahaman dan penghayatan mendalam kepada peserta tentang peranan dan kewajipan ibu bapa dalam melahir dan membina zuriat yang cemerlang dan tunjuk ajar cara-cara untuk mendidik anak-anak dari awal kelahiran merupakan salah satu matlamat Seminar Ibu Hamil dan Pendidikan Kanak-kanak.

Seminar yang julung-julung kali diadakan itu merupakan program kerjasama Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan Klinik 1 Malaysia Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Seramai 40 peserta yang terdiri daripada para ibu-ibu hamil yang membuat rawatan di klinik ibu mengandung yang mengikuti seminar tersebut.

Antara pengisian program ialah perkongsian ilmu bertajuk Kehamilan dan Pendidikan Kanak-Kanak Menurut Perspektif Islam yang dikendalikan oleh Ustazah Zawiah binti Hasan, Mantan Pegawai JAKIM .

Terdahulu, seminar berkenaan dirasmikan oleh YBrs. Ustazah Khatijah binti Abd Rahman, Ketua penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI turut hadir Dr. Nor Nabila binti Azmi, Pegawai Perubatan Klinik Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

23  
   

45

Disediakan Oleh :

Unit Pembangunan Keluarga Islam,

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.


Cetak   Emel