05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 2017

 

23 April 2018 (Isnin) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) meraikan  murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) dan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 2017 di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur hari ini.

Majlis ini diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada murid cemerlang yang telah berusaha gigih untuk mendapat keputusan terbaik serta memberi galakan dan motivasi kepada para guru agar sentiasa meningkatkan usaha dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan murid yang benar-benar cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.serta mendorong pihak pentadbiran sekolah untuk berusaha dengan lebih gigih bagi memastikan sekolah masing-masing berpotensi untuk mencapai kecemerlangan pada masa akan datang di samping memberi pendedahan dan kesedaran kepada para ibu bapa di luar sana bahawa sekolah aliran agama juga mampu bersaing dan berjaya seiring dengan sekolah yang bukan aliran agama.

Turut menyaksikan penyampaian beberapa Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan, antaranya Anugerah Murid Terbaik UPKK Ainul Mardiah Binti Mohd Mazlan, Amirul Haziq Bin Shakaria, Ashraff Hariz Bin Izuhan Rahimi dan Nur Farihah Afiqah Binti Zulkifli

Anugerah Murid Terbaik UPSRA  Nurfazana Aliah Binti Shamsul, Muhammad Adib Bin Abd Wahab, Muhamad Adib Hakimi Bin Jasni dan Aina Sofiya Binti Mahapiz. Bagi Anugerah Terbaik Sekolah antaranya Sekolah Terbaik UPKK kategori KAFA, KAFA SK Putrajaya Presint (2) dan KAFA Al-Islah, Sekolah Terbaik UPKK kategori SRA, SRA Furqan, SRA Al-Sayuti dan SRA Usamah Bin Zaid 

Sekolah Terbaik UPSRA kategori KAFA, KAFA Nurul Salam dan KAFA Al-Islah manakala Sekolah Terbaik UPSRA kategori SRA, SRA Al-Ghazali,SRA Al-Najah dan SRA Al-Sayuti  serta kategori Zon Terbaik UPKK kategori KAFA ialah Zon Putrajaya dan kategori SRA diduduki oleh Zon 3. Bagi peperiksaan UPSRA kategori KAFA dianugerahkan kepada Zon Putrajaya manakala kategori SRA diduduki oleh Zon 2.

Bagi kategori Murid Unggul merupakan murid terbaik keseluruhan UPSRA seramai 155 orang dianugerahkan kepada  Adik Muhammad Imran Bin Abd Wahab dan Adik Akida Binti Mohd Ramlee.

Majlis tersebut dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib Bin Ismail, Pengarah JAWI. Hadir sama ialah YBrs. Tuan Haji Yusof Bin Mamat, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI dan YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah Bin Mohd Hasyim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran JAWI.

Intipati ucapan Tuan Haji Mohd Ajib Bin Ismail  berkata JAWI turut mengambil langkah pro aktif dengan sentiasa meningkatkan kecekapan pentadbiran ke arah memajukan sistem dan institusi pendidikan Islam di Wilayah Persekutuan serta kepentingan dalam mendidik anak-anak di SRA dan KAFA. Guru sangat berperanan dalam menentukan kejayaan dengan dibantu oleh Ibubapa. Pengarah menekankan kepada hadirin kejayaan anak-anak merupakan kejayaaan dan kecemerlangan guru-guru.

 

 

 

Disediakan

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

Cetak   Emel