05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MERUNGKAI RAHSIA DI SEBALIK PERGERAKAN IBADAH SOLAT

12 April 2018 (Khamis) - Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kg. Sungai Penchala telah menganjurkan Bengkel Penghayatan Ibadah Solat dengan tajuk Merungkai Rahsia di Sebalik Pergerakan Ibadah Solat yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ust. Abdul Halim Zakaria selaku pendakwah bebas dan Exco Dakwah, Persatuan Ulamak Malaysia Wilayah Persekutuan.

Melalui bengkel ini para jemaah telah didedahkan tentang kaedah solat yang tepat menurut baginda nabi Muhammad S.A.W serta  kebaikannya menurut perpektif sains kesihatan. Penceramah juga melaksanakan praktikal solat bersama semua hadirin muslimin yang hadir.

Jemaah yang hadir hampir 300 orang menunjukkan minat yang mendalam tentang bengkel yang diadakan dan pihak masjid sedang mengaturkan Bengkel Penghayatan Ibadah Solat untuk siri yang kedua pada masa yang terdekat. Majlis berakhir dengan jamuan makan setelah solat Isyak didirikan secara berjemaah.

 

 

 

Disediakan oleh :

Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kg. Sungai Penchala, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.


Cetak   Emel