05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

"KELUARGA BAHAGIA" TUAN PENGARAH DI MASJID PERTAMA

22 April 2018 (Ahad) - Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala Kuala Lumpur menganjurkan Ceramah Khas Kekeluargaan bertajuk Menggapai Bahagia yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Tuan Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Ceramah dihadiri oleh hampir 100 orang Ahli Kariah Kg. Sg. Penchala. Ahli Kariah menzahir rasa teruja dan gembira atas kehadiran Tuan Pengarah yang baru dilantik berkuatkuasa 20 April 2018. Malah merupakan masjid pertama beliau menyampaikan ceramah setelah dilantik. Turut hadir Yang Berbahagia Ustaz Hazman Che Mohamed, Penyelaras Pusat Zon 6 barsama pegawai-pegawai Pusat Zon 6.

Di dalam ceramah, beliau membawakan statistik kes masalah rumah tangga yang berlaku di Wilayah Persekutuan dan kemudian memberi tips-tips keluarga bahagia untuk diamalkan. Disamping itu, beliau juga memaklumkan peranan dan tanggungjawab JAWI dan juga MAIWP kepada jemaah yang hadir.

Pihak Ahli Jawatankuasa, Pegawai, Kakitangan Masjid serta Ahli Kariah Kg. Sg. Penchala Kuala Lumpur mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengarah atas kunjungan dan perkongsian ilmu tentang tips-tips keluarga bahagia yang amat berguna.

 

 

Disediakan oleh :

Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

 


Cetak   Emel