05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

AQIDAH SYUBHAH UMMAH PECAH BAWA PADAH

19 April 2018 [Khamis] - Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala Kuala Lumpur dengan kerjasama Bah. Counter Terrorist, Caw. Khas, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bukit Aman menganjurkan Forum Perdana Al-Hidayah. Forum yang dimoderatorkan oleh Al-Fadhil Ustaz Wan Mohd Shahrizan (Imam Masjid Al-Hidayah / Pegawai Pembangunan Kesedaran Syariah Bank Rakyat KL) bersama 2 Orang Ahli Panel iaitu Al-Fadhil Ustaz Dr. Mohd Sobri Elias (Pengetua Pusat Kecemerlangan Pengajian Islam Baitussaadah/Pakar Rujuk bidang Aqidah) dan YDH. DCP Datuk Ayob Khan Mydin (KPP Bah. Counter Terrorist, Caw. Khas PDRM, Bukit Aman) membicarakan tajuk "Pelampau Agama Pencetus Perpecahan Ummah"

Program ini menggabungkan 2 aspek utama bagi menjelaskan kepada masyarakat betapa perlunya menghargai keamanan dan keharmonian negara tercinta. Aspek tersebut ialah pertama Ilmu Aqidah Ahli Sunnah wal Jama'ah dan kedua aspek penguatkuasaan Undang-undang Keselamatan Negara.

Disamping forum, pihak PDRM turut membuat pameran berkenaan dengan kes-kes yang melibatkan golongan ekstrimisme, pelampau agama, redikal, militan seperti IS, Daesh, Abu Sayaf dan sebagainya. Pameran tersebut termasuk statistik kes-kes tangkapan golongan tersebut yang sentiasa dikemaskini.

Program dihadiri oleh melebihi 250 orang jemaah dari ahli kariah Kg. Sg. Penchala dan sekitarnya ini mendapat kesimpulan seperti berikut :

1. Sentiasa menuntut ilmu Aqidah yang sebenar iaitu Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah supaya tidak cenderung kepada golongan pelampau.

2. Perlu mencari guru yang mursyid yang disahkan keilmuannya perpadukan Al-Quran, Al-Hadith yang merujuk kepada Ulama-ulama Muktabar (bersanad dan bermazhab).

3. Aqidah yang bercanggah akan melahirkan golongan-golongan pelampau agama yang akan mengganggu gugat keharmonian dan keselamatan sesebuah negara serta penyebab kepada kehancuran.

 

 

Disediakan oleh :

Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

 


Cetak   Emel