05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Penyeliaan Berkesan; Ke Arah Membentuk Guru Yang Cemerlang

 

kesan 1

13 APRIL 2018 / 26 REJAB 1439H. Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kursus Penyeliaan Berkesan kepada pentadbir Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ). Kursus ini telah diadakan di Dewan Perkasa 2, Masjid Al-Shafie, Taman Maluri pada 10 hingga 11 April 2018.

Seramai 75 orang Guru Penolong Kanan Tadbiran (GPKT) dan 13 orang Guru Besar (GB) SRA serta SIRAJ telah menyertai kursus tersebut. Penceramah kursus ini adalah Encik Hazlan bin Ali dan  Encik Mohd Sauki Bin Razali, dari Institut Aminuddin Baki (IAB) Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Turut serta adalah Pegawai dan Penolong Pegawai daripada Unit SIRAJ dan Naziran Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Kursus ini diadakan untuk membantu mempertingkatkan kecekapan proses penyeliaan oleh para pentadbir terhadap guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah disamping dapat membimbing guru-guru dengan berkesan bagi meningkatkan mutu pengajaran seterusnya menyumbang kepada kejayaan anak-anak di SRA dan SIRAJ Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Semoga penganjuran kursus ini dapat dijadikan  salah satu garis panduan kepada para pentadbir bagi mempertingkatkan  prestasi mutu kerja dari masa ke semasa.

kesan 2 kesan 3
kesan 4 kesan 5

 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 


Cetak   Emel