05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Peserta Hafazan Wilayah Persekutuan Ungguli Pentas MTHQK 2018

 
MTHQ181

11 April 2018 I 24 Rejab 1439H - Buat pertama kali, Kompleks Islam Putrajaya di Presint 3 di sini, menjadi lokasi Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-61 2018M/1439H bertempat di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya (KIP).

Kompleks Islam Putrajaya yang dirasmikan pada Julai tahun lalu, telah menyaksikan penyertaan 28 peserta bagi kategori tilawah dan 79 peserta hafazan pada majlis yang berlangsung pada 1 hingga 6 April 2018 yang lalu.

Pengumuman keputusan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM telah menyaksikan  peserta hafazan mewakili Wilayah Persekutuan bagi kategori 1-30 juzuk beserta tafsir wanita, Siti Nadhira binti Mohd Shafie dinobatkan sebagai johan dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000, sebuah kereta Perodua Axia, tambahan wang tunai RM10,000 untuk menunaikan Haji dan piala iringan.  Beliau turut diumumkan sebagai peserta terbaik hafazan keseluruhan dengan markah 96.46 peratus.

Dua lagi peserta hafazan Wilayah Persekutuan iaitu, Nur Liyana binti Mohamad Asri (96.00 peratus) diumumkan sebagai naib johan bagi kategori 1-20 juzuk wanita manakala Sheikh Muhammad Aiman Hafiy bin Hishamuddin (98.74 peratus) dinobatkan sebagai johan bagi kategori 1-10 juzuk beserta taranum lelaki.

Terdahulu, Majlis Perasmian Penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir, isteri Timbalan Perdana Menteri, YBhg. Datin Seri Hamidah Khamis dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Jamil Khir Bin Baharom dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki.

Sepanjang majlis tersebut berlangsung, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Jemputan Khas bagi Majlis Tilawah Kebangsaan pada tahun ini. Tugasan selaku Jawatan Kuasa Jemputan Khas yang diamanahkan telah berjaya digalas dengan baik bermula dengan sambutan rombongan tersebut di pekarangan pintu masuk disusuli dengan sesi pengagihan makanan dan seterusnya membawa rombongan ke Auditorium KIP bagi menjayakan majlis ini.

Seramai kira-kira 600 orang jemputan khas hadir pada setiap malam terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi sekitar Lembah Klang, pelajar sekolah menengah, persatuan penduduk, jawatan kuasa dan anak kariah Masjid dan Surau dalam Wilayah Persekutuan serta badan beruniform menjadikan jumlah keseluruhan jemputan khas selama 5 malam seramai hampir 3000 orang. Bagi memudahkan orang ramai hadir ke majlis tersebut, pengangkutan secara berkumpulan turut disediakan pada setiap malam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selaku Jawatan Kuasa Pengangkutan. 

Jalinan kerjasama antara JAWI dengan JPJ dan JAKIM sebagai Urus Setia Induk memperlihatkan suasana meriah dan harmoni sepanjang enam hari program berlangsung.

MTHQ182 MTHQ183
MTHQ184 MTHQ185
 MTHQ186  MTHQ187
MTHQ188 MTHQ189
MTHQ1810 MTHQ1811

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 

Cetak   Emel