05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Ziarah Penduduk PPR Batu Muda

 
B.Muda1

 

31 Mac 2018 | 13 Rejab 1439H (Sabtu) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Cawangan Hadhari & Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah melaksanakan Ziarah Dakwah Silaturahim Bersama Penduduk di PPR Batu Muda, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 31 Mac 2018 (Sabtu) bermula jam 4.00 petang sehingga 11.00 malam.

Terdahulu, majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas, Ahli Dewan Negara, turut hadir YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah sebagai satu usaha dakwah mendekati masyarakat dengan lebih berhikmah dan bijaksana melalui pendekatan turun ke lapangan. Antara pengisiannya ialah penyampaian sumbangan barang keperluan harian kepada 70 buah keluarga terpilih, Solat Sunat Hajat dan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Al-Fadhil Us. Anuar Hakim bin Mohd Salleh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

Acara kemuncak program pada kali ini ialah Forum Perdana bertajuk “Perpaduan Membawa Keharmonian Hidup” yang membariskan ahli panel  Al-Fadhil Us. Mohd Hassan Adli bin Yahaya@Yahuza (Juara Imam Muda Musim Pertama) dan Al-Fadhil Us. Tirmizi bin Abdul Razak (Personaliti TV AlHijrah/ Astro) manakala Al-Fadhil Us. Afnan bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI selaku moderator.

Melalui program ini Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar masyarakat dapat bersama-sama merasai tanggungjawab bagi melaksana tuntutan Islam dan kemasyarakatan.

 


B.Muda2 B.Muda3
B.Muda4 B.Muda5
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel