05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

DISKUSI KITAB KIFAYATUL MUHTAJ TARIK MINAT PESERTA

 

diskusi1

7 April 2018 (Sabtu) - Buat julung kalinya, Masjid Ar-Rahman Kuala Lumpur telah mengadakan Diskusi Kitab Kifayatul Muhhtaj bersempena peristiwa Isra' dan Mikraj yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hazri bin Hashim Al-Bindaniy. Diskusi tersebut bermula jam 9.00 pagi telah berjaya menarik minat 150 peserta di kalangan pelajar, penjawat awam dan swasta serta pesara.

Maklumbalas yang diterima, rata-rata peserta teruja dan berpuashati dengan penganjuran diskusi kitab kali ini bahkan menyatakan minat yang mendalam akan mengikuti diskusi-diskusi kitab yang lain jika dianjurkan oleh pihak masjid.

Diskusi kitab berakhir jam 3.30 petang dengan pengijazahan kepada semua peserta dan bacaan doa. Turut hadir Ustaz Mohd Firdaus bin Rosli Ketua Imam bagi mewakili Pengerusi Masjid Ar-Rahman bagi menyampaikan cenderahati kepada penceramah.

Rakaman diskusi ini telah dibangunkan oleh Ustaz Mohd Norhaj bin Abu Hassan dan dibantu oleh Ustaz Mohd Fikri bin Khesim juga boleh ditonton semula di laman FB Masjid Ar-Rahman.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=909080582584830&id=355304791295748

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=909233032569585&id=355304791295748

diskusi2 diskusi3

diskusi4 diskusi5

Disediakan oleh :

Pentadbiran Masjid Ar-Rahman, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

 


Cetak   Emel