05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Kekeluargaan bertajuk Setulus Fitrah Cinta

 
1

03 April  2018(Selasa) – Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI Labuan telah mengadakan Seminar Kekeluargaan bertajuk Setulus Fitrah Cinta bertempat di Dewan Syura Masjid Jamek An Nur dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat Labuan(PPZ) dan Agensi Anti Dadah Labuan(AADK)

            Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam dan orang awam telah terpilih menghadiri seminar ini.

Pengisian seminar ini diantaranya pendedahan dan memberi kesedaran  kepada masyarakat Islam bahawa kewujudan pengurusan hal ehwal kekeluargaaan Islam di  negeri  adalah semata-mata bertujuan untuk memastikan setiap pernikahan mahupun perkara lain yang melibatkan kekeluargaan adalah memenuhi tuntutan Syarak dan  pematuhan  peruntukan Undang-undang Pentadbiran Kekeluargaan Islam . Disamping itu dapat meningkatkan kefahaman masyarakat bahawa prosedur mahupun pekeliling bukan bertujuan menyusahkan masyarakat, tetapi bertujuan untuk memastikan setiap pernikahan itu didaftar.

Selain itu juga seminar ini bertujuan       meningkatkan kesedaran serta memberi pendedahan agar umat Islam sentiasa melaksanakan pematuhan dan mengelak daripada terjebak dalam sindiket pernikahan palsu atau bersekedudukan tanpa nikah, yang sudah pasti akan memberi impak besar ke atas kesucian dan kelangsungan nasab keturunan umat Islam

            Seminar ini telah disempurnakan perasmian penutupannya oleh Penolong Pengarah Kanan Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI Labuan . Seminar ini telah menampilkan penceramah jemputan iaitu Ustaz Zul Ramli Bin Mohamed Razali selebriti Dakwah di Malaysia.

Setinggi tinggi tahniah kepada semua peserta. Semoga dapat memberi sumbangan ilmu dan curahan pengalaman yang pastinya berguna bagi para peserta seminar.


2 Copy 3
   


Disediakan Oleh:
Bahagian Perkahwinan

JAWI Labuan


Cetak   Emel