05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

IHES: Ke Arah Menjana Generasi Al-Quran

 

ihes 1

2 April 2018 M/15 Rejab 1439H -Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Taklimat Integrated Holistic Education System (IHES) di Dewan Syura Wawasan, Aras 2 Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 29 Mac 2018. Taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Muhamad Asmadi Bin Mustakim, Ketua Sektor Akademik, Bahagian Pendidikan Islam dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Taklimat ini dihadiri oleh seramai 36 orang peserta terdiri dari Pegawai dan Penolong Pegawai Bahagian Pelajaran, Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SIRAJ. Antara tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan konsep pendidikan berteraskan IHES berdasarkan pengalaman JAIS melaksanakan pendekatan ini dalam pendidikan di SRA dan SRAI JAIS. Penutupan taklimat disempurnakan oleh Ustaz Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Semoga hasil dari taklimat ini, Bahagian Pelajaran dapat meneruskan kesinambungan pelaksanaan IHES dalam kurikulum SRA dan SIRAJ demi membentuk, menjana dan akhirnya melahirkan generasi Al-Quran yang unggul dan berkualiti.

 

   

 

ihes 4ihes 5  
 
ihes 6 ihes 7

 

ihes 2 ihes 3

 

 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 


Cetak   Emel