05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) ; Ke Arah Pusat Sumber Cemerlang Sekolah Rendah Agama (SRA) Dan Sekolah Integrasi Rendah JAWI (SIRAJ)

 

sumber 1

13 Mac 2018- Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah bagi Sekolah Rendah Agama (SRA) Dan Sekolah Integrasi Rendah Jawi (SIRAJ) pada 12 Mac 2018 di Bilik Ibnu Rusydi, Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Seramai 36 orang peserta terdiri dari Pegawai Bahagian Pelajaran, Guru Besar dan Guru Pusat Sumber SRA dan SIRAJ  telah menyertai bengkel tersebut. Penceramah bengkel  ini adalah Puan Rosilawati Binti  Maabar daripada Sektor Pengurusan Pendidikan (PSP), Unit Pengurusan Nilam dan Puan Arinawati Binti Mohd Yassin, Ketua Unit, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, masing-masing daripada Bahagian Teknologi Pendidikan  Negeri Wilayah Persekutuan.

Bengkel  ini merupakan satu wadah yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti Pengurusan Pusat Sumber Sekolah di SRA dan SIRAJ Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan disamping membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Budaya Ilmu, dan Budaya Membaca di kalangan warga sekolah melalui program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM).

Diharapkan dengan penganjuran bengkel ini, pihak sekolah khususnya guru pusat sumber mendapat maklumat dan pengetahuan dalam usaha mengurus tadbir pusat sumber sekolah masing-masing seterusnya menjadikan PSS sebagai pusat kecemerlangan akademik menjana generasi gemilang.

     
sumber 6sumber 5      
sumber 3sumber 4



Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel