05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MJTAAS MERINTIS JALAN KE SYURGA

maulanawan1AA

30 Mac 2018 (Khamis) - Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kg. Sungai Penchala dengan kerjasama Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala dan Faidu Rahmah telah menganjurkan Ceramah Bulanan Khas. Pendakwah yang tidak asing lagi iaitu Y.Bhg. Maulana Wan Helmi Al-Hafiz, Mudir Ma’ahad Tahfiz Husainiyyah, Jerantut, Pahang telah diundang bagi menyampaikan ceramah berkenaan.

 

Ceramah yang bertajuk ‘Ciri-Ciri Ahli Syurga’ telah berjaya menarik minat lebih 300 orang jemaah setempat untuk hadir mendengar ceramah yang disampaikan. Dalam ceramah tersebut, penceramah telah berkongsi beberapa amalan yang boleh membawa ke syurga antaranya melaksanakan segala yang disuruh dan meninggalkan perkara-perkara yang haram serta banyak melakukan amalan ahli syuga seperti ziarah menziarahi, senyum, mengucapkan salam dan lain-lain lagi.

 

Majlis berakhir dengan solat Isyak secara berjemaah serta menikmati jamuan makan yang disediakan. Mudah-mudahan dengan amalan yang dikongsikan penceramah dapat dilaksanakan secara istiqamah dan saling mendoakan agar kehidupan sesama kita sentiasa dalam rahmat dan keredaan Allah swt.

 

maulanawan1A maulanawan1

maulanawan2 maulanawan4

maulanawan3 maulanawan5

Disediakan oleh :

Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kg. Sungai Penchala, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.


Cetak   Emel