05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JOM TEROPONG BULAN!

TEROPONG1

31 Mac 2018 (Sabtu) - Persatuan Waris Kerinchi Kuala Lumpur (PWKKL) dan Masjid Al Ikhlasiah Bukit Kerinchi dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan Program Cerapan Langit Falaki, iaitu melihat keindahan ciptaan langit dan bulan dengan jarak dekat menggunakan teknologi teropong yang disediakan.

Majlis ini bermula pada jam 8.00 malam selepas solat maghrib dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hardi Bin Mohamad Sadali. Antara isi kandungan ceramah beliau adalah peredaran bulan dalam menentukan permulaan Ramadhan, dan jenis-jenis bintang dalam cakerawala.

Seramai hampir 100 orang jemaah hadir menyertai untuk merasai sendiri pengalaman melihat keadaan langit dan bulan dengan jarak yang dekat. Program turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai, Ybhg Datuk Haji Ramlan Bin Shaen @Askolani yang juga menyampaikan cenderahati sebagai akil dari pihak penganjur. Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.

TEROPONG2 TEROPONG3
TEROPONG4 TEROPONG5

Disediakan oleh :

Masjid Al Ikhlasiah Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.


Cetak   Emel