MAJLIS TADARUS AL-QURAN 5.0
24 Mac 2018 (Khamis) - Masjid Jamek Abdullah Hukum Eco City dan Masjid Saidina Abu bakar As-Siddiq dengan kerjasama GERAKWANIS serta beberapa badan NGO telah mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran 5.0. Majlis ini bermula pada jam 830 pagi dengan bacaan ayat suci Al-Quran secara berkumpulan. Seramai hampir 100 orang peserta menyertai majlis ini. Majlis Disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Dato Othman Bin Mustapa. Turut hadir pada majlis ini ialah YM Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin serta pengarah Jawi Tuan Haji Abdul Aziz Bin Jusoh. Majlis diakhiri dengan forum yang bertajuk ' Islam Agama Perpaduan ' Majlis berakhir pada jam 200 petang.
Disediakan oleh : Masjid Jamek Abdullah Hukum Eco City, Masjid Saidina Abu bakar As-Siddiq & Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI. |