GOTONG ROYONG ERATKAN UKHUWWAH @ TAMAN MELATI, ZON 2
![]()
01 April (Ahad): Masjid al Salahuddin al Ayyubi,Taman Melati, Zon 2 telah mengadakan program Gotong Royong Membersih dan Mengindahkan Persekitaran Masjid. Program Gotong Royong yang diadakan selama hampir 2 jam mulai jam 9.00 pagi telah berjaya menarik penglibatan anak kariah sekitar yang ingin melihat rumah Allah sentiasa dalam keadaan bersih dan indah. Aktiviti pembersihan meliputi pembersihan persekitaran masjid seperti mencuci kolah, longkang, dalaman masjid di ruang solat utama dan juga mengecat petak parking. Turut sama dalam program gotong royong tersebut ialah anggota RELA daerah Sentul, Bomba dan Penyelamat, Wangsa Maju,anggota polis balai Taman Melati, Benarlah kata pepatah Melayu ‘Berat Sama Dipikul,Ringan Sama Dijinjing, “ Bulat Air Kerana Pembentung,Bulat Manusia kerana Muafakat.”
Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI
|