05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Cakna Masjid @ JAWI LABUAN

WhatsApp Image 2018 03 29 at 15.07.56
 

29 Mac 2018 | 11 Rejab 1439H  Masjid Jamek An-Nur, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI Labuan) telah menganjurkan Program Cakna Masjid pada 17 Mac 2018 bersamaan 29 Jamadilakhir 1439H yang lepas. Program ini merupakan salah satu program tahunan yang diadakan dalam bentuk gotong-royong membersihkan serta mengindahkan ruang dalaman bangunan serta perkarangan luar masjid. Program bermula seawal jam 7.30 pagi.

Program ini melibatkan hampir 130 orang peserta yang terdiri daripada pihak berkuasa tempatan seperti Perbadanan Labuan serta agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pejabat Mufti, Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan, MAIWP Labuan serta anak kariah masjid daripada kampung-kampung berdekatan sepertti Gersik/Saguking dan juga Kampung Batu Arang. Program selesai pada jam 12.30 tengahari.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Pihak Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek An-Nur Wilayah Persekutuan Labuan berharap program ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang demi melestarikan masjid ini sebagai syiar Islam terpenting di bumi Labuan Pulau Mutiara ini.

 

WhatsApp Image 2018 03 29 at 15.07.55 WhatsApp Image 2018 03 29 at 15.07.54
WhatsApp Image 2018 03 29 at 15.07.57 WhatsApp Image 2018 03 29 at 15.07.58
   

Disediakan Oleh:


Masjid Jamek An-Nur,

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan


Cetak   Emel