05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Intensif Qari Qariah/ Hafiz Hafizah Wakil Wilayah Ke Peringkat Kebangsaan 2018

 
TahsinTilawah1

26 Mac 2018 | 8 Rejab 1439H Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Pentadbiran dan Keurusetiaan, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Tahsin al-Quran Qari dan Qariah bermula 12 Mac hingga 23 Mac 2018 bertempat di Masjid Negara dan Bilik Mesyuarat Seroja JAWI manakala kursus kepada  Hafiz dan Hafizah diadakan pada 22 – 24 Mac 2018 bertempat di Bilik Seminar Anjung C, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur . Kursus tersebut melibatkan seramai 1 orang Qari dan 1 orang Qariah serta 3 orang Hafiz dan 3 orang Hafizah sebagai persediaan kepada peserta yang akan mewakili Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya pada 1-7 April 2018 nanti.

Peserta Tilawah iaitu Encik Khalid bin Isa dan Puan Noorul Hasliza binti Hj. Ahmad dibimbing oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad, Imam Besar Masjid Negara dan YBrs. Tuan Haji Muhammad Anuar bin Ghazali, Johan Qari Antarabangsa 2012. Manakala peserta Hafazan seramai 6 orang dibimbing oleh Al-Fadhil Ustaz Hasim bin Harun (Pensyarah Institut Perguruan Islam), Al-Fadhil Ustaz Muhammad Zaki bin Ab. Rahman (Pensyarah Darul Quran, Jakim) dan Al-Fadhil Ustaz Ahmad Mujahid bin Salleh Sani (Pengajar Maahad Tahfiz Darul Furqan).

Diharapkan semua peserta dapat memberikan komitmen yang tinggi dan memperoleh kejayaan pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan dan mengharumkan nama Wilayah Persekutuan seterusnya dapat mewakili Malaysia ke peringkat Antarabangsa.

TahsinTilawah2 TahsinTilawah3
TahsinTilawah5 tahsintilawah7
 TahsinHafiz1  tahsinHafiz2
tahsinHafiz4 tahsinhafiz5
   
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel