05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL PROFESOR MATH JUNIOR 2018

pm20181

24 Mac 2018 (Sabtu) - Masjid Jamek al-Khadijiah telah menganjurkan Bengkel Prof Math Junior 2018 buat julung-julung kalinya diadakan sempena musim cuti sekolah. Program yang telah melibatkan seramai 50 pelajar tuisyen di masjid mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan juga turut membantu dalam pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Bengkel kali ini yang telah mengfokuskan kepada subjek Perpuluhan, purata dan pecahan telah disampaikan oleh Cikgu Aisamuddin Ridhuan dengan gaya dan konsep tersendiri telah berjaya menambat hati dan minat pelajar-pelajar terhadap subjek matematik. Selain itu,pihak penganjur juga mendapat komen yang positif daripada penganjuran kali ini dan secara tidak langsung dapat membantu pelajar-pelajar dalam meningkatkan prestasi pelajar sebelum menduduki peperiksaan.

Program yang turut mendapat kerjasama daripada Guru Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Bangsar iaitu Cikgu Nurul Haya diakhiri dengan nyanyian lagu Despacito Matematik yang dipimpin oleh Cikgu Aisam dan seterusnya penyampaian sijil penyertaan bengkel kepada setiap pelajar yang terlibat.

pm20182  pm20183

pm20184  pm20185

Disediakan oleh :

Masjid Jamek al-Khadijiah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.


Cetak   Emel