05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MJTAAS BERJAYA MEMBUDAYAKAN PEMBACAAN AL-QURAN SECARA KONSISTEN

25 Mac 2018M / 7 Rejab 1439H (Ahad) – Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah (MJTAAS), Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Perdana bersempena Program Qiraah Al-Quran (PQA), MJTAAS.

Majlis Khatam Al-Quran ini diadakan bersempena Program Qiraah Al-Quran yang disertai oleh lebih 300 peserta. Melalui program ini para peserta perlu menyelesaikan bacaan Al-Quran satu juzuk seminggu dan akan mengkhatamkan 30 juzuk dalam masa 30 minggu. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan daripada Jemaah yang kini telah mencapai 11 kumpulan dengan 30 orang peserta setiap kumpulan.

Majlis pada hari ini diadakan bagi meraikan 2 kumpulan peserta yang telah berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran. Majlis dihadiri oleh Y.Bhg. Ustaz Muhammad Zulhakimi Mohammad Daner, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD), Pusat Zon 6, JAWI yang hadir merasmikan majlis.

Turut hadir adalah Y.Bhg. Ustaz Muhammad Mukhlis Mohd Yunus sebagai pembimbing dan pencetus idea Program Qiraah Al-Quran MJTAAS serta lebih 300 peserta serta Jemaah setempat menghadiri majlis ini. Pihak masjid mendoakan semoga para peserta dan kita semua sentiasa istiqamah dalam pembacaan Al-Quran.

  

    

    

Disediakan oleh :

Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah (MJTAAS),

Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

                                                                            

 


Cetak   Emel