05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS ASAS HAJI 17 SIRI BAGI TAHUN 1439H

25 Mac 2018 (Ahad) - Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Kursus Asas Haji 17 siri bagi tahun 1439H bersamaan 2018M. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengacara Majlis (Ybhg. Tuan Hj Ahmad Saufi b Mustaffa - Ketua Imam Masjid At-Taqwa) diikuti bacaan Doa oleh Ybhg. Tuan Haji Ramli b Othman - Imam Masjid At-Taqwa.

Diteruskan dengan ucapan daripada Wakil Peserta iaitu Datin Zaharah bt Abdullah, kemudian ucapan daripada Pengarah Tabung Haji Wilayah Persekutuan, seterusnya perasmian penutup Kursus Asas Haji 17 siri bagi tahun 1439H bersamaan 2018M disempurnakan oleh Ybhg. Tan Sri Pengerusi Masjid At-Taqwa.

Seramai 240 orang peserta yang hadir dari bakal-bakal haji dan hajah pada majlis hari tersebut. Dan tamat daripada majlis hari itu, diteruskan dengan kursus yang terakhir iaitu “Amali Ibadah Haji” yang dibimbing oleh Ybhg Ustaz Hj Asnan b Darwis. Hadir dalam Majlis pada pagi itu ialah Ybhg. Tan Sri Dato Sri Abi Musa Asa’ari bin Mohamed Nor (Pengerusi JIMAT), Ybhg Tuan Haji Mohamad bin Abas (Pengarah Tabung Haji Wilayah Persekutuan), Ybhg. Tuan Haji Hanifah bin Kamaruddin (Timb Pengarah Tabung Haji Wilayah Persekutuan).

Terima kasih kepada semua bakal- bakal haji dan hajah yang menjadikan Masjid At-Taqwa sebagai tempat untuk menimba ilmu khususnya Ibadah Haji, semoga dikurniakan Haji yang Mabrur, Amin.Terima kasih juga kepada semua Petugas-petugas yang menyediakan kelengkapan samada secara langsung atau tidak langsung selama 17 minggu kepada peserta agar Kursus berjalan dengan lancar. Khususnya daripada Jawatankuasa Muslimat. Semoga Allah memberkati dan merahmati kalian.

Disediakan oleh :

Masjid At-Taqwa TTDI, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.


Cetak   Emel