05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

2 DAYS WITH DARUSSYIFA'

DS11

16 dan 17 Mac 2018, Jumaat dan Sabtu- Masjid Ar-Rahman Kuala Lumpur dengan kerjasama Darussyifa’ telah mengadakan program 2 Days With Darussyifa’. Program bermula selepas solat maghrib dengan Forum Pengubatan Islam bertajuk Fahaman dan Bahana Sihir dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Apandi bin Hussian serta menampilkan Panel Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim dan Ustaz Shaharuddun bin Saad. 300 jemaah yang hadir menekuni forum ini dengan penuh minat sehingga tamat jam 9.30 malam. Semua Jemaah yang hadir menikmati jamuan yang disediakan.

Pada 17 Mac 2018 Kuliah Subuh Perdana menampilkan Ustaz Ab Rashid bin Ahmad dengan tajuk Ruqyah Syar’iyah dalam Pengubatan Islam. Sesi rawatan bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di Dewan Seminar Masjid Ar-Rahman telah mendapat sambutan yang mengalakkan.

Turut diadakan Praktikal Asas Haji bagi peserta Kursus Asas Haji bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi dibimbing oleh Ustaz Haji Zamri bin Zainal Abidin. Seramai 120 peserta mengikuti kursus kali ini dan 32 orang daripadanya telah berjaya mendapat tawaran mengerjakan haji pada tahun ini.

Majlis Penutup bermula jam 11.30 pagi telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Ramlan bin Askolani, Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Lembah Pantai. Turut hadir Ustaz Hazman bin Che Mohamed, Pengerusi Masjid Ar-Rahman dan Tuan Haji Abd Rahman bin Ahmad, Pengerusi Darussyifa. Majlis penutup berakhir jam 12.30 t/hari dengan jamuan disajikan kepada semua yang hadir.

DS22 DS4
DS5 DS3

Masjid Ar-Rahman Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.


Cetak   Emel