05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

DAURAH ILMU AQIDAH ASWJ KITAB SIFAT 20 "SUATU PENGENALAN ASAS"

DAURAH181

10 & 11 Mac 2018 [Sabtu & Ahad] - Masjid Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala Kuala Lumpur dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6 JAWI, DBKL Caw.Segambut, Galeri Ilmu Sdn. Bhd, ABS Catering menganjurkan Daurah Ilmu Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Kitab Sifat 20 "Suatu Pengenalan Asas" yang dipimpin oleh pengarang kitab itu sendiri iaitu Ustaz Muhadir Bin Hj. Joll.

 

Program yang berjalan selama 2 hari ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran peserta menghampiri 400 orang yang hadir dari kawasan Kg. Sg. Penchala, sekitar Lembah Klang dan sebahagian kecil dari negeri-negeri sekitar Malaysia. Turut menyerikan majlis dengan kehadiran para pelajar Maahad Integrasi Tahfizul Quran An Nasr D Itqan yang bermalam (ittikaf) di masjid.

 

Di antara pengisian program Daurah ini ialah membahaskan Ilmu Aqidah di dalam bab keimanan kepada Allah S.W.T dan Rasulnya secara terperinci. Kemuncak Daurah ini para peserta mempelajari bahawa di dalam bab beriman dengan Sifat-sifat kesempurnaan Allah, wajib seorang Muslim menyucikan akal fikirannya daripada menyamakan Allah S.W.T dengan makhluk sesuatu pun.

 

Program Daurah ini Berjaya mengkhatamkan Kitab Sifat 20 "Suatu Pengenalan Asas" dengan jayanya. Mejoriti para peserta yang hadir gembira kerana berkesempatan menyertai program tersebut.

 

DAURAH182 DAURAH183
DAURAH184 DAURAH185
DAURAH186 DAURAH187

Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.


Cetak   Emel