05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Penyelarasan Tajuk Dan Sinopsis Teks Khutbah JAWI Siri 1/2018

Sinopsis 1

21 Mac 2018 (Rabu) – Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Tajuk dan Sinopsis Teks Khutbah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Siri 1/2018 bertempat di Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur. Bengkel tersebut merupakan program berkala yang dijalankan oleh Cawangan Khutbah dan Latihan, Bahagian Pengurusan Masjid dengan melibatkan seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada Panel Penyemak Teks Khutbah JAWI dan Pegawai-Pegawai Masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Objektif bengkel tersebut ialah untuk menyediakan tajuk-tajuk beserta sinopsis teks khutbah Jumaat yang berkualiti, mantap serta menepati keadaan semasa masyarakat khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Melalui perkongsian idea dari kalangan peserta, bengkel tersebut telah berjaya menghasilkan sebanyak 21 tajuk-tajuk khutbah beserta sinopsis yang dapat membantu para penulis teks khutbah dalam menghasilkan teks khutbah yang berkualiti dan berinformasi.

Sinopsis 2 Sinopsis 3
Sinopsis 4 Sinopsis 5

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid


Cetak   Emel