05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TAKLIMAT GERAK KERJA SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SUP) DAN PERSEDIAAN UPKK SRAI DAN KAFA SESI 2018 @ jawi labuan

 

1

 

14 Mac 2018 (Rabu) – Unit Penilaian,Peperiksaan dan Peperiksaan Cawangan Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Taklimat Gerak Kerja Setiausaha Peperiksaan (SUP) dan Persediaan UPKK SRAI Dan KAFA Sesi 2018 bertempat di Bilik Al-Qardawi JAWI Labuan.

 

Taklimat disampaikan oleh Ustaz Ghaus bin Musa, Penolong Pengarah Pelajaran JAWI Labuan dan juga Ustazah Norwati binti Babu,Penolong Pegawai Pelajaran, Unit Penilaian,Peperiksaan dan Peperiksaan Cawangan Pelajaran JAWI Labuan.

 

Peserta program adalah dikalangan Guru-Guru SRAI yang dilantik sebagai setiausaha peperiksaan dan wakil guru kelas KAFA iaitu seramai 48 orang.

 

Objektif utama program ini adalah seperti berikut :-

 

1.       Memberi pendedahan dan kefahaman kepada SUP tentang bidang tugas yang sepatutnya dilakukan.

2.       Memberi penjelasan berkenaan penggunaan pendaftaran UPKK dan rekod peperiksaan.

3.       Menyelaras format sistem pemfailan bank soalan untuk rujukan sekolah.

4.       Meningkatkan mutu kerja Setiausaha Peperiksaan sekolah.

 

2 3
4 5
   

Disediakan Oleh :

Cawangan Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Labuan

 


Cetak   Emel