05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Penataran KSSR Sains Dan Matematik

13 Mac 2018– Unit Pembangunan Guru Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kursus Penataran Sains Dan Matematik KSSR bagi Guru-guru SIRAJ Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan  pada 10 Mac  2018 di SRA / SIRAJ Al-Alusi Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.  Kursus ini telah dihadiri oleh Pegawai,  Penolong Pegawai serta 35 orang guru Sekolah Integrasi Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (SIRAJ).

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru mata pelajaran sains dan matematik tentang semakan  tahun 2 mengenai DSKP terbaru dalam mata pelajaran tersebut.   Kursus ini disampaikan oleh Penceramah  dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) iaitu Datin Hajah Maznah Binti Man, En. Hazman Bin Hashim serta Puan Puspa. Kursus ini telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Ansarullah Bin Mohd Hashim,  Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Kursus seperti ini penting dan perlu ada kesinambungannya  pada masa akan datang kerana ianya dapat memberi imput yang berguna serta bermanfaat untuk guru-guru SIRAJ supaya dapat diaplikasikan di dalam PdPc di sekolah kelak.

Disediakan Oleh:
Unit Pentadbiran,
Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel