05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Kerja Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga (Bppk) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Ke Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim)

5 Mac 2018/17 Jamadilakhir 1439H - Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagi bertukar-tukar pendapat untuk penambahbaikan PKKSK di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya selain menjalinkan hubungan yang erat antara pihak JAWI dengan JAIM.

Delegasi JAWI seramai 8 orang yang diketuai oleh Ustazah Sharidah binti Zainal Abidin , Ketua Penolong Pengarah, BPPK disertai oleh Ustaz Zakaria bin Mohamed, Ketua Cawangan Pembangunan Keluarga Islam, Ustazah Nazihan binti Idris, Ketua Cawangan Nikah, Cerai & Rujuk, Ustazah Mursilalaili binti Mustapa Sa’di, Ketua Cawangan Rundingcara. Turut hadir bersama delegasi ini ialah Ustaz Sabri bin Mat Yasim, PPK, JAWI Cawangan Putrajaya.

Delegasi memulakan perjalanan seawal 7.00 pagi daripada ibu pejabat dan tiba di JAIM pada jam 10.00 pagi. Rombongan delegasi ini disambut oleh Ustaz Ameil Fierdaus bin Hj. Razali, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Keluarga, Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, Jabatan Agama Islam Melaka.

Setibanya di Bahagian Undang-undang Keluarga Islam JAIM delegasi dibawa ke bilik mesyuarat JAIM untuk sesi taklimat dan ramah mesra. Program dimulakan oleh Tn. Hj. Mohd Shokri bin Hj. Mustaffa Ketua Penolong Pengarah JAIM dengan ucapan aluan dan taaruf antara kedua-dua pihak. Seterusnya taklimat stuktur dan operasi PKKSK Bahagian Undang-undang Keluarga, JAIM serta disusuli dengan sesi soal jawab.

Terdapat banyak kebaikan yang diperolehi hasil daripada lawatan dan perbincangan ini yang boleh dipraktikkan bagi tujuan penambahbaikan operasi BPPK, JAWI khasnya yang berkaitan dengan PKKSK dan program-program kekeluargaan. Diharapkan agar pertemuan ini akan berpanjangan dimasa akan datang.

 

Disediakan Oleh :

Unit Pembangunan Keluarga Islam,

Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 


Cetak   Emel