05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS TILAWAH AL QURAN 1439H/2018M PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

1

 

10 Jamadilawal 1439H / 27 Februari 2018M (Sabtu) -  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Masjid Jamek An-Nur telah mengadakan Majlis Tilawah Al Quran 1439H/2018M Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Dewan Syura, Masjid Jamek An-Nur. Pada tahun ini Qari Ali Khairudin bin Abd Maarif buat pertama kali menjadi johan manakala Qariah Puan Siti Minah binti Musram pula adalah johan Qariah. Mereka menerima hadiah berjumlah RM 500.00, sijil penghargaan & plak.

            Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Sabarudin bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan merangkap Pengerusi Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 1439H/2018M. Turut sama hadir ialah Yang Berbahagia Encik Osman bin Kadir, Pengerusi Masjid Jamek An-Nur.

            Qari telah memperdengarkan bacaan surah Al A’raf bermula ayat 94 dengan tarannum wajib bayati dan jiharkah dan memperoleh markah 93 peratus manakala Puan Siti Minah binti Musram telah membaca surah An Nisa’  bermula ayat 95 dengan tarannum wajib nahawand dan hijaz dan memperoleh markah 90 peratus. Mereka akan mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dalam Majlis Hafazan dan Tilawah Al Quran Peringkat Wilayah Persekutuan yang akan berlangsung pada 11 - 14 Februari 2018 di Putrajaya.

3 4
2 5

Disediakan Oleh:

Bahagian Dakwah, 
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Labuan


Cetak   Emel