05:51
Imsak
06:01
Subuh
13:20
Zohor
16:36
Asar
19:26
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Pemurnian Benar Nikah Online(BNO) JAWI LABUAN

WhatsApp Image 2018-03-06 at 12.03.47

 

Pada 06 Mac 2018 (Selasa) – Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI Labuan telah mengadakan Bengkel Pemurnian Benar Nikah Online (BNO) kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar NCR JAWI Labuan.

Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada Pendaftar NCR dan Penolong Pendaftar NCR telah terpilih menghadiri bengkel ini. Pengisian bengkel ini diantaranya pendedahan mengenenai beberapa pembaharuan penggunaan dokumen Benar Nikah Online untuk memastikan setiap pernikahan mahupun perkara lain yang melibatkan prosuder adalah memenuhi peraturan dan  pematuhan  peruntukan Undang-undang Pentadbiran Kekeluargaan Islam . Disamping itu dapat meningkatkan kefahaman kepada PNCR dan PPNCR bahawa prosedur mahupun pekeliling bukan bertujuan menyusahkan, tetapi bertujuan untuk memastikan setiap pernikahan itu didaftar.

Selain itu juga bengkel ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta memberi pendedahan setiap pasangan sentiasa melaksanakan pematuhan dan mengelak daripada terjebak dalam sindiket pernikahan palsu atau bersekedudukan tanpa nikah, yang sudah pasti akan memberi impak besar ke atas kesucian dan kelangsungan nasab keturunan umat Islam.

Seminar ini telah disempurnakan perasmian penutupannya oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan . Seminar ini telah menampilkan penceramah jemputan iaitu Ustaz Ustaz Sabarudin Bin Hasan.

Setinggi tinggi tahniah kepada semua peserta. Semoga dapat memberi sumbangan ilmu dan curahan pengalaman yang pastinya berguna bagi para peserta bengkel.

 

WhatsApp Image 2018-03-06 at 12.03.49 WhatsApp Image 2018-03-06 at 12.03.48

Disediakan Oleh:

Bahagian Nikah Cerai Rujuk, 
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan

 

 


Cetak   Emel