05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS INTENSIF SAUDARA MUSLIM SIRI 1/2018

 MG 6245

Pada 18 Jamadilakhir 1439H / 06 Mac 2018M (Selasa) -  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan melalui Cawangan Pengurusan Dakwah telah mengadakan Kursus Intensif Saudara Muslim Siri I di Dewan Syura, Masjid Jamek An-Nur.

                Kursus kali ini ditawarkan kepada saudara kita yang baharu memeluk Islam. Pemilihan dilakukan kepada pelajar kelas Pengajian Saudara Kita Tahap I & II seramai 24 orang. Penceramah jemputan ialah Al Fadhil Ustaz Hj. Ahmad Sharizal bin Ahmad Saffian, Pengurus Pusat Pungutan Zakat Cawangan Labuan. Tajuk yang dibawakan ialah “Tuntutan mencari yang bersih dan halal”. Penyampaian cenderahati disampaikan oleh Ustazah Nur Aida binti Mohammad, Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Dakwah, JAWI Labuan.

                Ceramah telah berjalan selama 2 jam dengan dimulakan pada jam 9.30 pagi. Selepas itu para pelajar diberi peluang untuk sesi soal jawab. Jam berikutnya ialah slot amali dan praktikal dengan bimbingan guru – guru Mubaligh Kelas Pengajian Saudara Kita. Program berakhir pada jam 1.00 petang.

 MG 6213  MG 6232
 MG 6331  MG 6336

Disediakan Oleh:

Bahagian Dakwah, 
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Labuan


Cetak   Emel