05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

470 Pelajar Sekitar Lembah Klang sertai Program Kefahaman Remaja Islam

 
remaja181

 

5 Mac 2018 | 17 Jamadilakhir 1439H -  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dan Masjid Muadz Bin Jabal telah berjaya melaksanakan Program Kefahaman Remaja Islam pada 5 Mac 2018 bertempat di Dewan Solat, Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Terdahulu, majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ahmad Fauzi bin Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa yang hadir bersama isteri, YBhg. Datin Natila binti Ahmad. Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid JAWI, Al-Fadhil Ustaz Wan Yusuf bin Wan Ishak, Pengerusi Masjid Muadz bin Jabal merangkap Pegawai Penyelaras Kanan Pusat Zon 4, Al-Fadhil Ustaz Noh Azzaki bin Zainal, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam JPWPKL, Al-Fadhil Ustaz Amran bin Abdul Talib, Ketua Imam Masjid Muadz bin Jabal, guru-guru serta pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

Program yang berjaya menghimpunkan kira-kira 470 orang pelajar sekolah menengah sekitar Lembah Klang dan 50 orang guru telah diisi dengan dua slot ceramah. Slot pertama disampaikan oleh YBrs.Tuan Zainal bin Zainuddin mengupas tajuk yang dekat dengan remaja iaitu Kecelaruan Identiti Remaja Islam manakala slot kedua menampilkan isu  Perspektif Islam Terhadap Ekstremisme Dan Hubungannya Dengan DAESH Serta Kumpulan Pengganas oleh YM Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali. Kedua-dua penceramah adalah daripada Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM).

Program ini telah mensasarkan beberapa objektif antaranya memupuk kefahaman yang mendalam dan kesedaran mengenai cabaran-cabaran dan isu-isu kontemporari berkaitan terrorisme agar ianya dapat ditangani dengan ilmu dan hikmah. Ia juga membentuk tasawur remaja tentang erti kehidupan dan matlamat hidup sebagai remaja muslim yang bebas daripada idealogi keganasan.

Diharapkan inisiatif seperti ini dapat dijadikan platform untuk mendekati golongan remaja/belia dan sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah sosial yang semakin hari semakin menghimpit mereka.

remaja182 remaja183
remaja184 remaja185
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel