05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Penyerahan Piala Pusingan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1438H/2017M

pialamtq

 

5 Mac 2018 | 17 Jamadilakhir 1439H - Majlis Penyerahan Piala Pusingan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan  bagi Tahun 1438H/2017M telah diadakan di Pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Aras 11, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Majlis ini menyaksikan penyerahan piala pusingan oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI kepada Ustaz Kamaldin bin Mohd Damin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah untuk diserahkan  kepada  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)  selaku Urus Setia Induk  Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK). 

Terdahulu, Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1438H/2017M telah diadakan pada 2 hingga 8 April 2017 bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Majlis pada kali ini telah menobatkan wakil Wilayah Persekutuan, Ustaz Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad selaku johan Qari, sekali gus mengharumkan nama Wilayah Persekutuan dalam pencapaian yang amat membanggakan di peringkat kebangsaan. Beliau menerima hadiah wang tunai RM15,000, wang tunai tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, piala iringan, piala pusingan dan sebuah kenderaan serba guna Proton Exora.

Lazimnya piala pusingan yang diperoleh akan dihadiahkan kepada individu yang mendapat johan kategori qari atau qariah mewakili negeri masing-masing.

 

 


Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel