05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JOM SUBUH BAGI PENUH (JSBP) CODE 13

JSBP131

 

 

25 Februari 2018 (Ahad) - JOM SUBUH BAGI PENUH (JSBP) CODE 13 telah dianjurkan oleh Masjid Jamek al-Khadijiah dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 6 JAWI. Program yang bermatlamatkan bagi mengimarahkan masjid dengan solat subuh seperti solat Jumaat telah dianjurkan bagi tahun ketiga dan kali ini telah menampilkan Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan sebagai Panel dan Chegu Mahadi Mohd Ismae’ly, Jurulatih dan Murabbi (ALIM) sebagai moderator forum yang mengupas tajuk Kerja Dunia Pencen Akhirat.

 

JSBP kali ini turut dihadiri pelajar IPT seperti PICOMS, pelajar Institut BaitulMal, remaja daripada Komuniti Pantai Dalam dan wakil AADK yang kesemuanya seramai 150 orang telah bermalam di masjid bagi mengikuti qiamullail yang telah dipimpin oleh Ustaz Ahmad Syazili bin Abdullah, Imam Masjid Seksyen 7, Shah Alam. JSBP yang bermatlamatkan bagi mengimaarahkan masjid bersolat subuh seperti solat Jumaat ini telah dirasmikan oleh Ybhg Tuan Haji Abdul Aziz binJusoh, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan disaksikan oleh S.S Datuk Mufti serta Pengerusi Masjid Dato’ Haji Zulkifli bin Ismail.

 

Program JSBP kali ini adalah penganjuran bagi tahun ketiga dan akan dilaksanakan pada setiap tahun sebanyak 6 Siri. Program yang mendapat liputan Media al Hijrah ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada anak kariah ini diakhiri dengan jamuan sarapan pagi istimewa iaitu nasi arab dan kambing golek kepada semua tetamu yang hadir.

JSBP1311 JSBP135
JSBP133 JSBP134

 

Disediakan oleh :

Masjid Jamek al-Khadijiah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.


Cetak   Emel