05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Penaziran Tindak Ikut Di SRA Abu Ubaidah Al Jarrah

KUT 1

26 Februari 2018 Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Penaziran, Bahagian Pelajaran telah mengadakan Penaziran Tindak Ikut di SRA Abu Ubaidah Al-Jarrah Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur selama 3 hari berturut-turut ( Rabu - Jumaat )  iaitu bermula 21 Februari hingga 23 Februari 2018. Seramai  8 orang wakil bahagian pelajaran dari JAWI menyertai rombongan pemantauan ini diketuai oleh  Penolong Pengarah, Ustaz Mohd Alif Iqbal B.Shah Bani( Unit penaziran ), Penolong Pengarah Ustaz Mohd Shahril bin Ahmad(Unit Peperiksaan), Penolong Pengarah Kanan Ustazah Nor Asiah binti Harun (Unit Akademik ),  dan turut disertai oleh Ustaz Kherul Anuar bin Othman (Unit Penaziran ), Pen. Pegawai Ustazah Rahimah binti Omar (Unit HEM), Pen.Pegawai Ustazah Zaini Binti Othman, Pen. Pegawai Ustazah Norsiah Bt Mohd Halel (Unit HEM) dan terakhir Pen. Pegawai Ustazah Sharmila Binti Sahir (Unit Akademik).

ProgramPenaziran Tindak Ikut  ini bertujuan untuk mempertingkatkan keupayaan mengesan tahap kualiti PdP di sekolah-sekolah JAWI dengan melakukan pelbagai penaziran, di samping dapat memelihara rangkaian maklumat yang cekap dalam pelbagai bidang supaya maklumat dan maklum balas yang betul disalurkan kepada pihak yang sewajarnya dengan segera bagi perhatian dan tindakan yang berkesan. Penaziran ini juga dapat menjalinkan hubungan kerja yang erat dengan unit-unit di Bahagian Pelajaran bagi memastikan perlaksanaan kurikulum pendidikan Islam JAWI dilaksanakan dengan jayanya di samping dapat  merapatkanukhwah dengan warga pendidik serta para pelajarSRA Abu Ubaidah al-Jarrah mempunyai seramai 18 orang tenaga pengajar dan kakitangan serta seramai 462 orang pelajar.

Semoga dengan Penaziran Tindak Ikut ini dapat memberi sumber inspirasi dan suntikan semangat bagi Jabatan dan warga sekolah demi memartabatkan Institusi Pendidikan Islam di Wilayah Persekutuan ini khususnya di JAWI.

KUT 5 KUT 6
KUT 2 KUT 3

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel