05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Silaturrahim, Taklimat Semasa Dan Sarana Ibu Bapa Bersama Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelajaran JAWI

SARA 1

28 Februari 2018, Bahagian Pelajaran  JAWI melalui Sekolah Integrasi Agama Jawi Saidina Uthman Bin Affan (SIRAJ SUBA) telah mengadakan Majlis Silaturrahim, Taklimat Semasa dan SARANA  Ibu bapa bersama Tuan. Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelajaran dan turut serta Pn. Zarliza binti Ramli Penolong Pengarah Kanan unit SIRAJ dan Yang Berbahagia Datuk Mohd Salleh bin Yusop selaku Pengerusi SIRAJ SUBA pada 24 Februari 2018 bertempat di Dataran Ilmu,SIRAJ SUBA.

Tujuan ialah untuk  menyampaikan maklumat dan info-info terkini berkaitan SIRAJ SUBA antaranya berkaitan sarana ibu bapa di mana ibu bapa banyak menyumbang untuk keceriaan sekolah dan surau, keselamatan anak-anak terjamin dengan adanya pagar  sekolah, cara pembayaran yuran, berkaitan peperiksaan UPKK dan UPSRA dan lain-lain. Perkara-perkara ini disampaikan oleh Guru Besar SIRAJ SUBA, Tuan Haji Aminuddin bin Haji Katan.

Majlis yang berlangsung selama lebih kurang tiga  jam itu diselangi dengan acara persembahan Hadis oleh pelajar-pelajar Tahun 3 dan persembahan Taekwando oleh para pelajar dari HyperMax. Di samping itu, berlakunya juga perasmian Wakaf Buku dan Kelab Hafazan yang disempurnakan oleh KPPK JAWI sementara perasmian Surau Ar-Rayyan oleh Datuk Salleh bin Yusop. Selain itu, diadakan juga acara penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada para penyumbang sarana dan kepada mantan guru-guru SIRAJ SUBA.

Majlis pada hari ini berakhir dengan perbincangan ibu bapa dengan guru-guru kelas SIRAJ dan SRA di dalam kelas masing-masing dan diharapkan program ini dapat memberikan impak positif dalam pengurusan akademik dan ko-kurikulum SIRAJ SUBA pada masa akan datang.   
SARA 2 SARA 3
SARA 4 SARA 5

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel