05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

“PERKUKUH AQIDAH, TANGKIS LIBERALISME!”

13 FEBRUARI 2018 – Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara telah menjadi lokasi ke-2 Siri Jelajah Malaysia penceramah@ ulamak terkenal Indonesia, Y.Bhg. Ustaz Abdul Somad dengan penganjuran Ceramah Dhuha Khas yang bertajuk “Kesan Fahaman Liberal Terhadap Aqidah Umat Islam”.

Secara keseluruhannya majlis yang berlangsung selama 2 jam ini menyimpulkan bahawa kita perlu sentiasa berpegang teguh dengan aqidah yang benar dan memperkuatkan ikatan persaudaraan sesama umat Islam untuk menangkis penularan fahaman liberal yang semakin berkembang dalam pemikiran masyarakat sehingga akhirnya bakal mengakibatkan pegangan tradisi tentang agama itu sendiri akan berubah.

Ianya juga akan mengeruhkan keharmonian penghayatan Islam dalam kalangan masyarakat Islam dan agenda liberalisme perlu diharamkan jika memudharatkan keamanan Negara. Kehadiran tetamu telah direkodkan hampir 1300 orang terdiri daripada VVIP dan orang awam termasuk rombongan khas daripada Pekan Baru, Indonesia yang mengiringi program “Siri Jelajah Malaysia - Ust. Abdul Somad” pada kali ini.

Disediakan oleh :

Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur &

 

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

 

Cetak   Emel