05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pemantauan Dan Penyeliaan Membantu Mempertingkatkan Pengurusan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) Yang Berkesan

 

ptu 1

 

09 Februari 2018 Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan pemantauan dan penyeliaan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) kepada empat buah Sekolah  Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (SRA)  pada 5 hingga 7 Februari. Sekolah-sekolah tersebut adalah SRA Salman Al-Farisi, SRA Lukman Al-Hakim, SRA Al-Saadah dan SRA Al-Syakirin. Pemantauan ini dilaksanakan oleh Unit Akademik & Kurikulum bersama Unit Penaziran Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Pemantauan dan penyeliaan  ini merupakan salah satu proses bimbingan kepada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Tadbiran (GPKT) dalam usaha memantapkan pengurusan dan keberkesanan pengurusan kurikulum terhadap peningkatan kecemerlangan murid-murid SRA terutama dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA).

Pemantauan dan penyeliaan kali ini juga adalah menekankan kepada bimbingan penyediaan Buku Rekod Mengajar (BRM), Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), semakan dan pencerapan guru serta perancangan aktiviti Panitia Mata Pelajaran. Diharapkan hasil dari pemantauan ini dapat membantu Guru Besar dan GPKT menyusun aktiviti bersama warga sekolah dan melihat keberkesanan program serta membolehkan penambahbaikan dilaksanakan secara lebih berfokus dan terancang.

 

ptu 2 ptu 3
ptu 4 ptu 5

Disediakan Oleh;

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel