05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pemantapan Profesionalisme Guru Penolong Kanan Tadbiran Melalui Kursus Pengurusan Kurikulum SRA Dan SIRAJ

akkk 1

9 Febuari 2018  Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kursus Pengurusan Kurikulum kepada Guru Penolong Kanan Tadbiran (GPKT) Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ). Kursus ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan pada 23 hingga 24 Januari 2018.

Seramai 75 orang GPKT SRA dan SIRAJ telah menyertai kursus tersebut. Sesi ceramah disampaikan oleh Encik Mohd Sauki Bin Razali, Ketua Jabatan Pengurusan Kurikulum dan Ko-Kurikulum Institut Aminuddin Baki (IAB). Turut serta adalah Pegawai dan Penolong Pegawai daripada Unit SIRAJ dan Naziran Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Kursus ini diadakan untuk memantapkan pengurusan kurikulum di sekolah. Aspek yang diberi penekanan adalah penyediaan Pelan Strategik, pengurusan Head Count dan penyeliaan berkesan yang selaras dengankandungan Manual Pengurusan Panitia Mata Pelajaran.

Diharapkan dengan penganjuran kursus ini, dapat menambah baik kualiti pengurusan dan pentadbiran GPKT di SRA dan SIRAJ JAWI.

akkk 2 akkk 3
akkk 4 akkk 5

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel