05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAMUAN AIDILFITRI @ TAMAN MELATI MERIAH

 

saad 1

1 Julai 2018/17 Syawal 1439H ( Ahad):Pusat Pentadbiran Zon 2 dan Masjid Salahuddin al Ayyubi telah mengadakan Majlis Jamuan Raya Aidil Fitri bertempat di Dewan Salahuddin al Ayyubi,Taman Melati.

Program yang bermula selepas solat Zohor telah dihadiri hampir 600 jemaah Taman Melati. Pelbagai juadah telah dihidangkan sempena majlis tersebut.Pengerusi masjid,Datuk Haji Ruslan bin Madon di dalam suatu pertemuan turut menyatakan rasa syukur dan menyatakan program ini diadakan sebagai  membalas budi anak kariah dan masyarakat yang menyumbang dana kepada masjid dan juga  sebagai usaha merapatkan ukhuwwah di kalangan anak jemaah.

 Ybhg Tuan Haji Mohd Ajib Ismail,Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha MAIWP berkesempatan hadir pada majlis tersebut dan turut menyampaikan duit raya kepada 200 kanak-kanak pada hari tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ustaz Haji Zainal Abidin bin Sulaiman,Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid JAWI, Ustaz Ahmad Talmizi Yahya,Pengurus Baitul Mal MAIWP, Pengerusi-Pengerusi Masjid dan Surau Zon 2 dan Pegawai-pegawai kanan JAWI.Majlis diakhiri pada jam 5.00 petang.

 

 

saad 2 saad 3
saad 4 saad 5

 

 


Disediakan oleh:
 

Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau

Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid

JAWI

 

 

 


Cetak   Emel