05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KARNIVAL CINTA MASJID 2018 MERIAH

 

 

WhatsApp Image 2018-02-05 at 8.48.47 AM 

 

 

2-3 Februari( Jumaat – Sabtu ) - Masjid Amru al As, Bandar Baru Sentul berjaya menjadikan institusi masjid tempat segala aktiviti sosial dan kemasyarakatan  selain menjalankan fungsi asalnya tempat ibadah dan ilmu dengan menganjurkan program Karnival Cinta Masjid 2018.

Karnival yang berlangsung selama 2 hari itu telah dimulakan dengan slot Tazkirah Khas oleh sahibus samahah Mufti Wilayah Persekutuan,Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad al Bakri. Pelbagai acara turut disajikan sepanjang 2 hari carnival itu berlangsung.Antaranya ialah pameran agensi kerajaan, booth jualan barangan muslim, pertandingan mewarna kanak-kanak, perarakan Cinta Rasul ,persembahan nasyid dan forum perdana yang dihoskan oleh selebriti terkenal tanahair Dato Rosham Nor.

Perasmian Karnival Cinta Masjid telah dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Dato Hj Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Beliau di dalam ucapan perasmian turut memuji usaha yang dijalankan oleh Jawatankuasa masjid Amru di atas inisiatif mengadakan program ini yang berjaya melibatkan 2000 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat bermula dari peringkat kecil sehinggalah ke peringkat dewasa mendekati masjid. Turut hadir di dalam majlis perasmian berkenaan ialah Pengarah,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Tuan Haji Yusuf bin mamat,pegawai-pegawai kanan JAWI,dan jawatankuasa masjid Amru ibn Al As,Bandar Baru Sentul.        

 

 

WhatsApp Image 2018-02-05 at 8.48.47 AM 1 WhatsApp Image 2018-02-05 at 8.48.47 AM 2
WhatsApp Image 2018-02-05 at 8.48.47 AM 3 WhatsApp Image 2018-02-05 at 8.48.47 AM 4
   


Disediakan oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau

Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid

JAWI

 

 


Cetak   Emel