05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SURAU JUMAAT IKTISAMIAH ZON 2 SANTUNI ASNAF TAMAN MELATI SETIAP BULAN

 

 

 

27 Januari (Sabtu) - Surau Jumaat Ikhtisamiah,Zon 2 telah mengambil inisiatif membantu golongan memerlukan dengan mengadakan pemberian bantuan keperluan harian berupa beras,minyak,tepung dan gula kepada penerima bantuan di Taman Melati.

Pengerusi surau Jumaat Ikhtisomaih,Tuan Haji Selamat di dalam ucapan beliau berkata program bantuan ini telah dibuat hebahan selama dua bulan kepada anak kariah yang memerlukan dan pemberian bantuan ini bukan hanya diberikan sekaligus,namun ianya berjalan setiap bulan dengan mengenalpasti sebanyak 75 asnaf. Beliau juga berkata Program Santuni Asnaf ini melibatkan perbelanjaan RM 4500 setiap bulan kepada 75 penerima bantuan.

Turut hadir di dalam program tersebut Ketua Penyelaras Zon 2,Ustaz Mohamad fazli bin Zain, Timbalan Pengerusi Masjid Salahuddin al Ayyubi, Tuan haji Sabar bin mat dan Timbalan Pengerusi Majlis Permuafakatan Penduduk Sub Zon 1, Tuan haji Mansor bin Saim. Ustaz Mohamad Fazli turut memuji usaha yang dijalankan oleh pengurusan surau yang kreatif menggunakan infaq orang ramai dengan memulangkan kembali kepada anak kariah yang memerlukan dan beliau mengharapkan langkah ini dapat dilaksanakan oleh masjid dan surau Jumaat Zon 2 .

 

 


Disediakan oleh:
 

Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau

Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid

JAWI

 

 

 


Cetak   Emel